Versi Bahasa Malaysia

|

English Version W3C Disability Access

Bangunan LPPKN, No.12B, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur        Tel : 03-2693 7555        Faks : 03-2693 7250         Emel : penduduk@lppkn.gov.my

Laman Utama > Program NUR@Rumah
PROGRAM NUR@rumah
LPPKN iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengadakan inisiatif baru iaitu NUR@rumah. Objektif program ini adalah untuk menyampaikan perkhidmatan perancang keluarga dan kesihatan reproduktif kepada kumpulan sasar yang layak. Program ini mensasarkan kepada golongan wanita dan keluarga yang kurang berkemampuan di mana LPPKN akan membawa perkhidmatan kesihatan reproduktif kepada mereka bagi merealisasikan usaha LPPKN untuk meningkatkan status kesejahteraan dan kualiti hidup para wanita dan keluarga.

Melalui program ini, wanita dan keluarga diperkasakan dengan ilmu pengetahuan supaya dapat membuat keputusan yang baik dalam meningkatkan kesihatan mereka, antaranya pasangan dapat membuat keputusan mengenai kehamilan dan jarak kehamilan selaras dengan program tindakan yang telah digariskan dalam konferen antarabangsa mengenai Penduduk dan Pembangunan 1994 atau ICPD 94 (International Conference On Population and Development).

Maka program NUR@rumah ini merupakan satu usaha LPPKN untuk menjadikan perkhidmatan ini accessible kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Program ini di jalankan secara kolaborasi dengan Jabatan Kebajikan yang akan membantu dalam mengenal pasti keluarga yang berisiko dibawah program CARI. Mereka yang layak adalah keluarga miskin yang menerima bantuan JKM. Apabila keluarga berkenaan telah dikenalpasti, pasukan dari LPPKN akan melakukan lawatan kerumah dan mengambil tindakan yang selanjutnya.

Aktiviti dalam lawatan ke rumah meliputi:
•    Memberikan maklumat tepat mengenai perancang keluarga
•    Pendaftaran dan perkhidmatan perancang keluarga
•    Saringan kesihatan
•    Saringan kanser reproduktif
•    Pendaftaran subsidi mammogram sekiranya layak

Aktiviti dalam khidmat masyarakat melibatkan ceramah kesihatan, pendaftaran dan perkhidmatan perancang keluarga, pemeriksaan saringan kesihatan (kanser dan kesejahteraan), pendaftaran subsidi mamogram dan lain-lain yang bersesuaian.

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

© Hakcipta 2010, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara.
Penafian: Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan
atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan terbaik dengan internet explorer / resolusi 1024 x 768

Kemaskini terakhir : 08 Mac 2010