Versi Bahasa Malaysia

|

English Version W3C Disability Access

Bangunan LPPKN, No.12B, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur        Tel : 03-2693 7555        Faks : 03-2693 7250         Emel : penduduk@lppkn.gov.my

Laman Utama > Pakej Modul KASIH
Pilihan Modul :
Modul Kebapaan (Pancaran Kasih)
Modul Keibubapaan Anak Kecil (Belaian Kasih)
Modul Keibubapaan Anak Remaja (Mutiara Kasih)
Modul Pembangunan Remaja (Permata Kasih)
Modul Persediaan Perkahwinan dan Pemantapan Keluarga (Bahtera Kasih)
PENDAHULUAN
Pembangunan sosio-ekonomi yang pesat telah menimbulkan implikasi ke atas sistem, struktur dan hubungan kekeluargaan yang boleh melemahkan institusi keluarga dan juga akan memberi kesan ke atas proses perkembangan nilai, sikap dan perilaku anak-anak. Sehubungan itu, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengambil langkah membangunkan satu pakej program pendididkan yang lebih berfokus untuk meliputi pelbagai kumpulan sasar. Pakej program tersebut mengandungi 5 modul yang dinamakan pakej Modul KASIH.

Bagi memantapkan lagi institusi kekeluargaan, LPPKN juga telah menjalankan satu Kempen ‘Utamakan Keluarga: Semakin Hari Semakin Sayang’ yang telah dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamed pada 7 Julai 2002 di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Pakej Modul KASIH ini juga merupakan salah satu kaedah yang digunakan bagi mencapai objektif kempen tersebut.
Pakej Modul KASIH (Modul Pendidikan dan Kemahiran Keibubapaan) mengandungi 5 Modul seperti berikut:-
  • Modul Persediaan Perkahwinan dan Pemnatapan Keluarga (BAHTERA KASIH) -tahun terbit 1998
  • Modul Keibubapaan Anak Kecil (BELAIAN KASIH) - tahun terbit 1998
  • Modul Keibubapaan Anak Remaja (MUTIARA KASIH) - tahun terbit 1999
  • Modul Pembangunan Remaja (PERMATA KASIH) - tahun terbit 1997
  • Modul Kebapaan (PANCARAN KASIH) - tahun terbit 1999
KUMPULAN SASAR
  • Modul BAHTERA KASIH – pasangan yang baru dan akan berkahwin
  • Modul BELAIAN KASIH – ibu bapa yang mempunyai anak 0 - 12 tahun
  • Modul MUTIARA KASIH – ibu bapa yang mempunyai anak 13 - 24 tahun
  • Modul PERMATA KASIH – para remaja berumur 13 - 24 tahun
  • Modul PANCARAN KASIH – kaum bapa
METODOLOGI PELAKSANAAN
  • Ceramah
  • Perbincangan
  • Dinamika kumpulan
  • Kajian kes
  • Main peranan
  • Tayangan video, slaid/ lagu/ perbualan kaset
  • Imbas kembali (recall)
KAEDAH DAN TEMPOH PELAKSANAAN PAKEJ MODUL KASIH
Latihan Jurulatih Utama (TOT)
3 hingga 5 hari
Ceramah 2 jam - 1 hari
Kursus 1 hari - 3 hari
Bengkel 1 hari - 3 hari
Kem 3 hari - 5 hari
Penilaian dan Pemantauan Kursus
PENYERTAAN
Pakej Modul KASIH ini dijalankan untuk satu kumpulan kecil di antara 40-80 orang. Penyertaan boleh terbahagi kepada 2 jenis iaitu:
Berkumpulan:
Penyertaan jenis ini adalah daripada organisasi-organisasi yang ingin mengadakan program ini kepada kumpulan sasar mereka
Individu :
Penyertaan jenis ini adalah daripada orang perseorangan. Individu yang berminat bolehlah mendaftarkan diri dengan LPPKN sehingga kumpulan 40 orang peserta dapat dibentuk. Satu alternatif lain adalah dengan mengikuti kursus ’Ilmu Keluarga@LPPKN’ yang diadakan pada Khamis minggu terakhir setiap bulan. Pendaftaran bagi mengikuti kursus ’Ilmu Keluarga@LPPKN’ boleh dibuat melalui telefon kepada LPPKN di talian 03-26937555 samb. 1205, 1208, 2167, 2168
PERMOHONAN BOLEH DIBUAT MELALUI SURAT KEPADA:
KETUA PENGARAH
LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARA
NO.12B, BANGUNAN LPPKN,
JALAN RAJA LAUT,
50350 KUALA LUMPUR
(U.P.    PENGARAH PEMBANGUNAN KELUARGA
FAKS: 03-26945458

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

© Hakcipta 2010, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara.
Penafian: Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan
atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan terbaik dengan internet explorer / resolusi 1024 x 768

Kemaskini terakhir : 08 Mac 2010